Skip to main content

Posts

Featured

Sejarah Wau Kapal Selangor

Wau kapal merupakan sejenis layang-layang yang popular di Selangor. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau Kapal merupakan wau rasmi bagi negeri Selangor. Wau Kapal terbahagi kepada 2 jenis iaitu wau kapal tradisional dan wau kapal moden. Wau kapal tradisional menerapkan hiasan menggunakan teknik telepuk, tebuk dan tampal manakala wau kapal moden lebih mudah untuk dihasilkan kerana tiada motif hiasan seni tradisional. Meskipun penghasilan wau kapal tradisional agak rumit, ia mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri berbanding wau kapal moden. Teknik telepuk, tebuk dan tampal adalah warisan berzaman dari negeri Selangor dan dipercayai wujud lebih 300 tahun dahulu.   Teknik telepuk ini menggunakan pelbagai kertas warna yang diukir dengan bunga kecil kemudian ditebuk dan diulang beberapa lapis untuk dijadikan corak.  Wau Kapal atau Layang-layang Kapal dikatakan mula popular dimainkan sejak tahun 1940-an lagi di negeri

Latest posts

sejarah wau